Search This Blog

Tuesday, July 27, 2010

RAHSIA YAHUDI LAKNATULLAH.




Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.

1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

Wednesday, July 14, 2010

KELMARIN DARINYA KUSAMPAIKAN.




Ku condong ke satu arah wajah ke hatinya yang di rasa baik seluruh budi bicaranya..
ceriteranya di ceritakan sayu sejarah hidupnya yang silam berkecamuk lagi tragis menjelekkan lukisan diari dunianya..
Jasadnya lemah disentuh batinnya yang pasrah dicalar robekkan sehati palsunya berdrama..
Hati sehatinya alpa tersasar hilangnya tangan-tangan terlepas pegangan ikatan-ikatan kukuhnya..
Hati sehatinya alpa membelakangi cinta tulusnya ingkari taman tanpa atap tiangnya tumbang menyembah bumi buat selamanya..
Jiwanya di bahasakan mata hidupnya yang sudah hilang upaya-upaya bentengan melonglaikan nafasnya perjalanannya..
lantas mencari berdiri lari pergi nun jauh membawa kepingan hati-hati ke ruangan hidup atau mati..
tinggallah sekeliling kerabat-kerabat dari mula dunianya yang sedih tanpa kelibatnya lagi tertawa dan kecewa..
kini terbitnya siang dan malam yang penuh liku-liku permulaan yang satu penuh dengan jiwa yang hati-hati..
tanpa dirasai jiwanya kini mula harmoni dengan tawa menghakis tangis hitam silamnya sedikit demi sedikit..
wajah-wajah girang teman-teman seperjuangan kini menenggelamkan tangis hitam silamnya secebis demi secebis..
tatkala jiwanya bercerita sejenak dengan pena melankoliknya membahas segala kemarahannya yang membuku..
tatkala senyapnya dipekakkan dengan irama bingit lemparkan emosi suara kata-kata prosa tumbangnya..
lorongannya kini terbit harapan-harapan………………..

Rudd

Monday, April 5, 2010

MALAYNEUM KU BELUM MERDEKA.


Negaraku Malaysia
sudah 53 tahun merdeka
dari cengkaman penjajah
kini hidup aman sejahtera

setelah sekian lama
kita tunduk menderita
menumpang di rumah sendiri
bergantung tanpa tali

berdiri tegak di kaki sendiri
tanpa takut dan segan lagi
berjalan dengan penuh bebas
berlari dengan penuh pantas

walaupun mereka sudah tiada
ideologi budaya mereka kini
tetap menjadi pandemic
menjangkiti anak bangsa merdeka
yang mudah terpedaya

serangan masih lagi dilancarkan
di segenap ruangan minda
melalui paksi apa sahaja
memesongkan adat budaya kita

medianya senjata utama
menakluk minda, masa dan budaya
dahulunya payah kini dah mudah
sedetik waktu ada saja yang berubah

ingatlah wahai semua
bangun la dari terlena
membela budaya malaya
yang kian kita lupa

renunglah sejarah kita
belajar lah dari sejarah silam
jangan sampai seperti dahulu kala
jadilah bangsa yang gagah
membela nasib budaya bangsa


rudd

MIMPIKU DAN PARI PARI


Terlelap ku dari kelelahan
melupakan tentang alam nyata
lalu ku di buai mimpi indah
bersama sang pari pari kayangan

ku sedari ku berada di awangan
memimpin tangan ke dunia khayalan
di saksikan bintang bintang
yang menyuluh ku setiap malam

betapa cemburunya masa
melihat ku tertawa di sana
ku di kejutkan olehnya
dengan dunia realiti nyata

segalanya puraan belaka
gurauan khayalan sementara
ku celik dan terjaga semula
lalu tercari cari manakah perginya

sambungkan mimpiku
temukan ku dengannya semula
ku sanggup beradu selamanya
asalkan ku dapat bersamanya

RUDD

MELODRAMA.



Cereka dan ceritera manusia
penuh dengan melodrama

mentakiti lemah gagal
di pentas pancaroba
yang tabah mara kepuncaknya
dengan megahnya

Kita hanya manusia biasa
sering kali leka tentang kehebatan dunia kosmik
tanpa memikirkan ianya cuma sementara
singgahan sebentar penuh sandiwara

setiap ungkapan celahi jangan lagi dipeduli
merubah permulaan baru melangkah berganjak
mengabaikan persepsi jiwa negatif
selama ini bertaut menjajah pemikiran
biar la menjadi prolog dan epilog cerita lama

setiap perilaku sendeng jangan lagi diikuti
kini mula menghayunkan kaki
menjerumuskan ke minda positif
maju seiring sebagaimana bintang harapan

sememangnya dahulu adanya nostalgik yang gelap
menyerongkan pentas perjalanan dunia kita
sesekali terlanggar tembok hitam
yang menjadi buku untuk pelajaran

tatkala kita berseorangan
duduk termenung sambil tajam merenung
memerhati malam yang perit dan sunyi
sejajar dengan jiwa yang mati

tatkala kita cemburu
melihat paradigma bintang berkelipan
yang megah berterbangan
memerli dan memanggil datang

lalu terbanglah setingginya
meneroka rialis alam fana duniawi
merempuh segala rintangan mendatang
dengan ujian kepincangan kita berlari

semangat kita jangankan luntur
untuk menegur kegagalan diri
teruskan berlari dan berlari
sehingga kita sampai ke sana nanti…

rudd